Tuesday, October 20, 2009

Sudah 3 minggu saya memulakan semula tugas di tempat kerja, setelah dua bulan cuti bersalin. Dah lama saya tidak mencatat apa-apa di blog ini. Nampaknya saya masih belum dapat memberi tumpuan kepada karya novel saya yang tergendala. Kerja yang bertimbun sentiasa memeningkan kepala. Masa ni baru terfikir, alangkah baiknya kalau ada asisstant taklah teruk macam ni. Untung dapat bos baik dan memahami, kalau tidak hai... tak tahulah...Tambahan pula asyik teringat kat baby di rumah pengasuh. Kalaulah saya ada perniagaan sendiri, macam MLM ke....tak payah terikat ngan office. Kerja sendiri boleh atur masa sendiri. Anak-anak pun ada depan mata. Semangat saya begitu kuat untuk memulakan perniagaan sendiri, tapi takut dan tak tahu nak mula dari mana. MLM ni banyak dah saya masuk tapi setakat pakai sendiri jelah pastu belikan untuk office sekali. Kat office pun tak ada respon, camano tu ye.....Takkan nak kena jadi salesgirl suruh orang beli...e...tak dapat bayangkan...

No comments:

Post a Comment