Tuesday, December 22, 2009

PANADOL



Mengikut kata doktor, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Ada yang pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

--sumber dari hpahalal.com

CINCIN DIJARI MANIS

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam(rujuk gambar disebelah)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.
3.cube buka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan??ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
4.Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
5.sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan rasa pelik dan heran kerana jari tersebut tak boleh dibuka. sebab jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.tapi boleh buka..tapi tak la seluas bukaan yang lain... Cinta suami isteri kekal abadi. insyaallah..
p/s:- sumber email dari seorang sahabat

Saturday, December 19, 2009

Salam... dan selamat sejahtera,

Saya nak memudahkan korang membeli novel popular atau apa-apa juga buku...

Caranya mudah je..klik kat beg merah tu...

Ok selamat mencuci mata...

Luv U all....

Thursday, December 10, 2009

Blog Baru...


Sekarang saya tengah create blog baru khas untuk jual produk. Sebab tak nak blog ni jadi rojak hik hik...


Masa membataskan saya untuk memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengarang dan menulis blog. Tapi saya harap anda masih sudi luangkan masa meninjau-ninjau blog saya ni.


Kepada yang ingin beri cadangan atau apa-apa pandangan silalah email saya di merlipmerlap@yahoo.com.my


Masih banyak yang perlu saya belajar.... Kepada yang sudi menjengah terima kasih banyak-banyak dan singgahlah lagi....

Wednesday, December 2, 2009



2) Bidadari

-Bidadari adalah minuman berfungsi untuk kesihatan dan kecantikan yang dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti Madu Asli , Manjakani, Sirih, Serai, Akar Serapat, Jarum Emas, Kacip Fatimah, Asam Jawa, Kurma dan lain-lain herba terpilih.

-Kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A B C D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutama membina sistem rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan suami isteri.

WM: RM53.00 EM: RM58.5

1)Fantasiola (lipstik magic color) 3.5 gm

-Warna yang berubah mengikut aliran darah.

-Halal dan suci.

WM: RM29.00 EM: RM31.00

Ni semua produk DCL, saya tumpu pada 2 produk je dulu, sebab baru belajar-belajar. Jika berminat bolehlah order dengan saya.




Thursday, November 19, 2009

H1N1 & Bawang putih

Hari ni saya terjumpa artikel ni, silalah baca sampai habis. Korang mesti akan kata...."Oh! ye ke?..."

Khasiat Bawang Putih
Author: NORAINI ZAKARIA // Category: Umum


Rakan Muslim sekalian,Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 70 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini.

Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1. H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.
1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?
2. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.
3. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?
4. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini
5. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan “PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!.”..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIAPerkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.
1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya
1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya.

Insya-AllahTolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Sekian terima kasih
credit kepada :Hapizal Ramli

Monday, November 9, 2009

Kawanku bersalin....

Hari ni saya dapat berita kawan kena bersalin paksa, kena belah lagilah nampaknya macam anak yang first dulu. Seriau saya mendengarnya....Harap dia tabah dan kuat menempuhinya. Harap dapat anak yang comel dan sihat cam gambar ni...

Khabarnya dia berada di Hospital Sungai Buloh. Berdasarkan pengalaman saya empat bulan yang lalu, memang selesa bersalin di sini. Petugas semuanya baik belaka...Makan macam kat hotel cuma bezanya makan atas katillah... tapi kena beringatlah masa makan tu kena berpantang juga kalau nak cepat sihat.
Harapanku sentiasa berbunga mekar, namun sering tidak dapat direalisasikan lantaran masih mahu duduk di tempat yang selesa. Tidak mahu atau takut dengan risiko. Melompat ke atas pun tidak, melompat kebawah pun tidak. Kagum dengan kejayaan orang lain, membuatkan hati membara, entah sampai bila harus ku simpan semangat yang berkobar-kobar ini. Entah siapa yang akan membantuku memecahkan ruyung ini. Entahlah harapan adakah tinggal harapan?

Tuesday, October 20, 2009

Sudah 3 minggu saya memulakan semula tugas di tempat kerja, setelah dua bulan cuti bersalin. Dah lama saya tidak mencatat apa-apa di blog ini. Nampaknya saya masih belum dapat memberi tumpuan kepada karya novel saya yang tergendala. Kerja yang bertimbun sentiasa memeningkan kepala. Masa ni baru terfikir, alangkah baiknya kalau ada asisstant taklah teruk macam ni. Untung dapat bos baik dan memahami, kalau tidak hai... tak tahulah...Tambahan pula asyik teringat kat baby di rumah pengasuh. Kalaulah saya ada perniagaan sendiri, macam MLM ke....tak payah terikat ngan office. Kerja sendiri boleh atur masa sendiri. Anak-anak pun ada depan mata. Semangat saya begitu kuat untuk memulakan perniagaan sendiri, tapi takut dan tak tahu nak mula dari mana. MLM ni banyak dah saya masuk tapi setakat pakai sendiri jelah pastu belikan untuk office sekali. Kat office pun tak ada respon, camano tu ye.....Takkan nak kena jadi salesgirl suruh orang beli...e...tak dapat bayangkan...

Thursday, September 3, 2009

Nukilan (1)

Di kala sunyi itu hadir,
Hening petang yang berlabuh seolah memahami,
Riak air di tasik seakan tidak kelihatan dek angin yang sepoi-sepoi,
Ketenangan yang diharap menyapa tidak kesampaian,
Pebila gundah pula menghampiri,
Kudongak ke langit biru mengharap redup terus memayungi,
Menanti sang pelangi muncul dicelah awan,
Mewarnai alam yang kian kelam,
Wahai sinar cahaya terangilah sang hati yang kian hiba,
Merindu dan terus merindu sapaan kehangatan sang pemuja.

Friday, August 21, 2009

Anakku

Ni lah pengarang jantung hatiku....
Wahai anak berilah senyuman dan lemparkan gelak tawa kegirangan,
Keletah yang mengusik jiwa.
Lebarkan gapaian kegemilangan,
Luaskan pandangan jauh kehadapan,
Warnakan setiap detik kehidupan dengan keimanan,
Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi,
Yang menganugerahkan bukannya mimpi,
Jauhkanlah dari sepi,
Isikan dengan riang disanubari,
Pancarkan wajah berseri-seri.

Tuesday, August 18, 2009

KALAU DAH JODOH!


Penulis: Yusnita Yahya
Editor: Ketomei
Grafik: Shai
Ilustrasi: Arie
Pencetak & penerbit: Ghostwriter
Cetak :2002
ISBN: 983-9216-90-2
Pengedar: Sykt Fajar, Jln Raja Laut

Sinopsis:
Memikul tanggungjawab sebagai anak sulung di dalam keluarga setelah kematian ayahanda tercinta. Dalam sibuk memikul tanggungjawab sebagai anak dan guru dia telah tersepit antara dua cinta. Mampukah dia mencari jawapan dalam menentukan jalan hidup yang seterusnya?

Novel ni yang paling tebal. Dan secara peribadi novel ni yang paling best dan dekat di hati saya. Saya masukkan serba sedikit pengalaman peribadi di dalamnya tetapi diolah supaya menjadi lebih menarik. Terima kasih kepada teman lama yang menjadi inspirasi terhasilnya novel ini.


ZEK,KIAH,ZAH,ZAKIAH


Penulis:Yusnita Yahya
Editor: Ketomei
Grafik: Ghostwriter
Ilustrasi: Arie
Pencetak & Penerbit: Ghostwriter
Cetak: 2001
ISBN: 983-9216-75-9
Pengedar: Sykt Fajar, Jln Raja Laut.

Sinopsis:
Dia seorang tomboy yang kekurangan kasih sayang. Di saat dia hilang arah, muncul seorang wartawan yang mahu menjadikan dirinya bahan berita untuk mengupas masalah remaja. Setelah jiwanya diselami, wartawan itu rasa bertanggungjawab membawa dia kembali ke pangkal jalan...

Monday, August 17, 2009

ZARISDA


Penulis: Yusnita Yahya
Editor: Ketomei
Grafik: Arie
Pencetak: Ghostwriter
Penerbit: Novel House
Hak cipta: Ghostwriter
ISBN: 983-9216-74-0
Cetakan pertama: 2001
Pengedar: Sykt Fajar, Jln Raja Laut
no tel:03-26947913

Sinopsis: Kasih sayang menjadi konflik. Mencari tempat bergantung yang utuh untuk disemai benih cinta...Untungmya dia dikelilingi insan-insan yang sering memberi perhatian dan panduan. Berjayakah dititinya kebahagiaan? Atau terumbang-ambing dalam kekecewaan....

Kepada yang telah membeli novel ni dulu, terima kasih saya ucapkan. Sekarang ni tak tahulah masih ada lagi tak kat pasaran sebab dah lama sangat, hanya pihak penerbit dan pengedar je yang tahu. Bayaran masa tu bukan berdasarkan royalti tetapi bayaran terus untuk senaskhah buku masa tu RM500 dan diberi 10 buah buku percuma je. tapi itupun dah cukup puas hati masa tu, sebab teruja novel dapat juga diterbitkan.

Novel yang terbaru iaitu yang ke-4 dah terperap lama dimeja penerbit, rasanya dah dekat setahun dah, alasannya tak cukup tebal. maklumlah trend sekarang ni orang suka baca dan beli novel yang tebal-tebal. Saya dah usahakan untuk dapatkan balik dari meja penerbit tapi masih belum berhasil. Ingatkan nak sambung supaya jadi lebih panjang jalan ceritanya. Kita tunggu dan lihat jelah...

Novel kelima masih dalam pembikinan, sekarang ni tengah usahakan dapat siapkan dalam tahun ni juga. Ada juga rasa nak terbitkan sendiri tapi masih dalam perancangan. Doakanlah ye..

Salam Perkenalan


Alhamdulillah, walau masih baru saya cuba sebaik mungkin untuk menguasai dunia blog yang memang saya impikan sejak mengenali dunia internet. Terima kasih kepada orang tersayang yang telah mengajar saya mengcreate blog ni dan saya masih memerlukan khidmatnya. Saya juga masih ingin lebih tunjuk ajar dari anda di luar sana.


Wednesday, August 12, 2009

Novel

Assalamualaikum, saya mula menulis novel sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Tetapi menjadi realiti apabila menginjak usia semakin dewasa apabila mendapat sokongan dari keluarga. Pencarian novelis terbaru dari novelis terkenal Encik Ahadiat Akashah telah mendorong saya menghantar sebuah naskhah untuk cuba diterbitkan. Alhamdulillah pihak penerbit bersetuju untuk menerbitkan novel pertama saya bertajuk 'ZARISDA'. Kemudian novel kedua bertajuk 'ZEK,KIAH,ZAH,ZAKIAH' dan seterusnya novel bertajuk 'KALAU DAH JODOH'. Kesemuanya diterbitkan pada tahun 2001 dan 2002. Saya masih baru dalam dunia blog ni, nanti saya cuba masukkan gambar muka hadapan novel-novel saya itu. Sekadar berkongsi cerita dan cuba mencari semangat untuk meneruskan usaha yang tertinggal dahulu.




bunga-bunga cinta layu di pangkuan kekasih

novel baru

nantikan kemunculan novel terbaru saya..........

testing

coba

SALAM ZIARAH

salam. terima kasih kerana sudi melawat blog saya