Thursday, July 17, 2014

Cerite Ramadhan

Hah mcm2 berlaku dlm bln puasa thn ni, yg sedih ade yg gumbira pun ade, ape2 pun hidup kena diteruskan....
ayah sakit


Kesian kat ayah, takpelah ayah kami anak2mu akan sentiasa beri sokongan.

iftar beramai2 seronok kemain hehe


Bkn selalu dpt kompol reramai mase ni ijah sekeluarga sampai lambat so takde dlm gamba, along lak tak balik huhu klu tak mesti lg best cukup korum. Pastu buat kuih raye reramai hihi sabtu ni kite sambung lagi ye mcm2 resepi ade ni


Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan sudah hampir ke penghujungnye.....haih berapa byk je amalan yg dpt disempurnakan, ttp sekurang2nye ade dr takde alhamdulillah. Kesibukkan sebagai seorang ibu kepada 3 org anak tidaklah memberi beban untukku berkarya dan membantu suami menguruskan urusan pejabat. Walaupun aku tiada pengalaman dlm bidang marketing tetapi aku masih boleh memberi pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman samasa bekerja dulu. Bermacam2 jenis dan ragam orang pernah kujumpa. Walaupun jawatan terakhirku sebagai account executive namun byk memberi ku ruang berjumpa dgn org2 penting seperti kwn2 bos dan wakil2 syrkt. Dari situ aku byk belajar bergaul sgn org2 profesional.
Berbalik ke Ramadhan yg mulia agar kite same2 mendapat keberkatan dan mengumpul seberapa byk pahala utk menjadi bekal diakhirat sana amin...

Petang Khamis 6/2/2014 pkl 2.45 ptg aku yg br nak merehatkan badan selepas htr zul ke sekolah agama dikejutkan oleh ayah yg memberitahu emak tak boleh bangun, aku terus melompat kerumah mak. Kebetulan icam ade, dia trs je tinggalkan pekerja2 yg sdg buat rumah dia.
   Subhanallah mak mcm nak kena strok, tersandar disofa dgn mate hya trbuka sdkit, dia bercakap pun dgn lidah yg berat dan tebal, hampir x paham ape yg dia sebut, aku hampir menangis melihat keadaannya tp aku kuatkan semangat memandangkan aku tgh sarat mengandung 8 bln. Aku juga cuba control supaya emosi dan semangat mak kuat. Aku mnyuapkan air yg bercampur gula serta telah dijampi oleh icam kemulut mak sbb mak haus nak minum.  Kami ambil keputusan htr mak ke hospital, lalu tel ima dan ijan  sbb mrk ade  dokumen2  mak, mak pun  dah 3 x buat  rawatan laser mate kat kpj shah alam. icam tel nora utk bantu aku tukar bj mak. 
  Suamiku melepaskan bebudak praktikal uitm awal sbb nak htr mak ke hospital dgn icam dan 
ima. Ijan bawa ayah naik kete dia. Emak ditahan diwad kecemasan sehingga semua stabil. Lebih kurang 11 mlm mak dibenarkan pulang. Semasa diwad kecemasan acik mardhiah dan anak menantunya sempat melawat. Mungkin acik anum beritahu.  
   Alhamdulillah mak ok, tp paginya sekali lg aku dikejutkan oleh deringan telifon ayah mengatakan mak pengsan. Aku bergegas ke rumah mak dan mendapati keadaan mak lebih teruk dr semalam, mak langsung tiada tindak balas.. kami ambil keputusan menghantar mak dgn ambulance krn bimbang jalan jem waktu itu biasanya jalan sesak dgn kenderaan ingin ketempat kerja.
  Aku sempat memberi kata2 semangat dan mengucup kedua2 pipi dan dahinya di dlm ambulance, krn ketika itu mak mula sedar setelah disuntik glukos oleh paramedik. Mak punya paras gula terlalu rendah hanya 1.  Aku kuatkan semangat cuba bertenang kerana bimbang akan beri effect pd kandungan. Ayah kulihat wajahnye tenang tetapi kutahu dalam hatinya sgt risau, hingga baju yg telah dipegang td pun dia tak petasan nak pakai