Wednesday, August 12, 2009

Novel

Assalamualaikum, saya mula menulis novel sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Tetapi menjadi realiti apabila menginjak usia semakin dewasa apabila mendapat sokongan dari keluarga. Pencarian novelis terbaru dari novelis terkenal Encik Ahadiat Akashah telah mendorong saya menghantar sebuah naskhah untuk cuba diterbitkan. Alhamdulillah pihak penerbit bersetuju untuk menerbitkan novel pertama saya bertajuk 'ZARISDA'. Kemudian novel kedua bertajuk 'ZEK,KIAH,ZAH,ZAKIAH' dan seterusnya novel bertajuk 'KALAU DAH JODOH'. Kesemuanya diterbitkan pada tahun 2001 dan 2002. Saya masih baru dalam dunia blog ni, nanti saya cuba masukkan gambar muka hadapan novel-novel saya itu. Sekadar berkongsi cerita dan cuba mencari semangat untuk meneruskan usaha yang tertinggal dahulu.

2 comments:

  1. wah..penulis novel? huhu... hebat!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi singgah..salam perkenalan

    ReplyDelete