Seram ngan isu ni, walaupun dah dekat sebulan orang heboh mengatakannya, baru hari ni berkesempatan tuk post kat sini. Kita kongsi bersama info berguna ni.
Ngape tunggu tahun 2012 baru nak haramkan sedangkan dah sah botol susu polycarbonate(Pc) tu bahaya tuk budak2 dan baby. Em...
Kajian menunjukkan botol susu(Pc) ni mengandungi Bisphenol A(BPA) yang dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak2.
Cara nak kenal botol susu ni, di bawah botol ada tanda (PC) atau no 7. So ape lagi pegi cek bawah botol susu anak tu sekarang!...
Alternatif botol susu bayi adalah dari jenis Polypropylene(PP), kat bawah botol ade tulis PP. Jenis ni adalah selamat digunakan serta tak jauh beza harga ngan harga botol (Pc). Bagi yang berkemampuan leh beli botol yg diperbuat dari kaca dan sebagainya(leh pilih kat butik baby).
Untuk lebih terperinci tuk tahu lebih lanjut leh klik:-
www.bharian.com.my/articles/Kenapatunggu2012harambotolsusupolikarbonat/Article
Antara petikkan:-
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.
INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
.