Tuesday, November 29, 2011

Manday

Bukan Monday yeh ehe....manday sebut betul2...nak bagi tahu ni...tetiba teringin nak cuba buat bila nampak kulit cempedak yg baru je isinye aku goreng..
Manday ni adalah bahasa banjar. Manday ni pekasam/ jeruk kulit cempedak. Memang makanan tradisi kaum melayu BANJAR..
Aku malas nak upload gambar, klu aku rajin nanti aku upload ye...
Dah tersedap makan makanan ni...lidah aku dah terbiasa ngan makanan tradisi banjar sebab mak mertuaku memang banjar asli. Kecuali 'to op' memangtakleh lalu kat lidah dan tekak aku...

Friday, October 28, 2011

Selsema

lama tak kena nih...tapi paling kesian kat anak aku, lepas demam 3 hari terus batuk teruk..berair mata dia menahan..adoooi kalau la ibu leh ambil tempat joi...
harap2 tak melarat...
hari ni ok sikit, malam pun leh la tido..tu pun lepas bagi madu DCL, tak tahan aku dgr dia mengerang..
Jam dah 2.45 pagi..kepala dah berat tapi sayang lak nak tido, bukan senang aku dapat peluang berjaga macam ni...rasa macam nak sambung tulis novel pun ade gak nih...
tapi baju ima tak siap lagi..sepasang je pun tapi malasnye nak mula..lama dah terhenti dah sebulan..tersedap cuti raya aidilfitri hari tu..
Aidiladha dah dekat nih..rase cam nak buat baju baru tapi...MALEHHH....adehhhh!! Kenduri pun dah dekat nih..ingat nak buat baju baru, baru syok gi kenduri orang..
Camane nak atasi niiih! kena kuatkan semangat niii...

Friday, August 5, 2011

Ramadhan yg mulia

Ngantuk nih! 4 jam je tido.....baby dekat kul 12 br nak tido....kul 4 pagi da kena bangun sediakan sahur. Kul 5 sahur, kul 6 subuh dan ngaji dulu br leh online. Nak menjahit nih..tp ngantuk ya amat....sambil nak bukak internet pun leh tertidur.....
Dah 5 hari puasa, abg joy br dapat 1/2 hari dan beberapa jam puasa....tak pelah belajar2..
Apelagi nak tulis ek...aku ngantuk nih! nggggahhhh! nguap x hengat!
ZZzzzzZZZZzzz.........z.....z....zz......z...z..z.z...... huih bangun2...

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan

Puasa dah dekat nih, alhamdulillah puasa ganti dah langsai minggu lepas. Dah mula bercerita serba sedikit pasal puasa kat anak. Nak cuba suh dia puasa penuh thn ni, sebab tahun lepas di puasa setengah hari je...mudahan dipermudah dibulan berkat itu nanti..Amin...

Tuesday, July 5, 2011

GANTI PUASA


Alhamdulillah, dah 2 hari ganti puasa Ramadhan. Insyallah hari ni hari ke 3. Korang dah ganti ke? tak lama dah Ramadhan nak tiba, lebih kurang 2 minggu lagi...cepat cepat sebelum terlambat...
Sebenarnya x pasti 6 ke 8 hari, lebih selamat ganti je 8 hari.
Sebelum ni aku ganti awal masa akhir bulan syawal, tp kali ni ade masalah sikit jadi agak terleka..dan bila dah bertangguh tu...camni lah jadinya dah tersedap makan siang dah dekat2 nak masuk Ramadhan br lah teringat nak ganti..huhu... tp alhamdulillah tak terlupa terus, mudah2an Allah permudahkan ganti puasa ni Amin...
Apalagi jom ganti puasa!! pada yg dah ganti awal2 tu TAHNIAH! hehe.....

Friday, July 1, 2011

Brooch oh brooch!!



















Nak buat camane klu dah minat...camane pun aku terjebak gak dlm bisnes ni...
x pe ah hobi je... klu korang minat nak tgk dan nak beli leh buka FB - Yusnita Yahya....

Jahit jgn tak jahit..


Menjahit, nak dekat puasa Ramadhan ni..berderet laaa...

Lama x LAYAN....

Asyik FB je terlupo lak blog ni...


Gambar Farah HotFM ni ambik masa gi Mydin Subang Jaya awal bulan Mei hr tu...hihi x berani naik pentas kat bawah pentas pun ok..

Wednesday, May 25, 2011

MULA AMBIL TEMPAHAN

Setelah bersusah payah membangunkan semangat..aku berjaya memulakan menerima tempahan buat baju kurung. Pelanggan pertama adik aku Ila, 6 pasang tu...harap dapat siapkan scepat mungkin. Sekarang dah 5 pasang digunting. Tinggal satu lagi, malam ni nak habiskan potong. Pastu leh jahit tepi dan terus cantum. Tak sabar nak siapkan......

Harap aku sentiasa mendapat kekuatan..dan dilapangkan masa untuk lakukan apa yg termampu. Projek suami hampir siap..pasni clear sikit sebelum mulakan juz baru.


Saturday, May 21, 2011

Santau

Info ni dapat dari Rancangan WHI TV3.
memang suka menonton whi sebab byk info yg dikupas, cara penyampaian yang mudah.disini nak kongsi dan utk peringatan diri sendiri jugak...

SANTAU! seram gak isu ni....

kena hati2...

seorg ustaz(lupa nama dia) dijemput. beliau dr Darul Ruqyah rawatan al-shifa'(betul ke eja?)

AMALKAN SURAH AL-FALAQ untuk ELAK terkena santau!!

Ada byk alat boleh jd bhn santau, yg paling terkejut KUKU dan RAMBUT. patutla kita disuruh tanam kuku dan rambut yg telah dipotong..klu dpt pd org yg amalkannya naya la....

Biasanya org kena santau kat kedai makan, selain nak kenakan org pengamal santau juga kena sentiasa buang sedikit IBU SANTAU kepunyaannya sedikit untuk elak terkena diri dan keluarganya. Santau dilepaskan melalui memasukkan kedalam makanan atau secara bacaan. Kedai makan la jadi mangsa...cian tuan kedai la nanti tak pasal2 org cop kedai dia.....

Klu kat kedai makan...

-klu terjumpa rambut dlm makanan/minuman, ambil rambut dan potong serta baca surah Al-Falaq.

-Nak tahu ada santau atau tidak dalam minuman, pegang cawan dengan anak jari berada dibawah gelas. Jika terasa seperti kena letrik atau sejuk atau panas atau tajam, maknanya ada santau.

- Baca BISMILLAH 6 harkat (panjang dr biasa) sebelum minum sama ada pegang cawan atau tidak. Jika ada santau di dlmnya cawan itu akan MELETUP.

itulah serba sedikit info yg aku ingat....bolehlah jadi panduan kemana jua pergi terutama ke tempat2 yg PANAS dgn isu ni..

So, berhati2 dan sentiasa MULAKAN DGN BISMILLAH!!!....

30 May 2011

Family Trip..
Yohooooo!
Seronok tul ingat balik gi terengganu hari tu...
Bukan senang nak dapat berkumpul sekeluarga cam tu.....
nanti lau sempat buh gambar kat sini...........

Wednesday, April 27, 2011

Keputusan

Akhirnya aku membuat keputusan yg mane harus didahulukan. terima kasih kepada teman facebook. Walaupun baru kenal namun byk membantu aku mencelikkan mate.
1) Kali Grafik
2) Menjahit
3) Novel

Walaupun hidupku jadi kucar-kacir sebelum ni kerana nak tumpu begitu byk komitmen.....kucuba isi setiap saat. Namun aku cepat berasa penat dan letih nak penuhi segalanya.
Tak cukup tidur....tak cukup masa nak manjakan diri.
Sekarang aku cuba membina rencana baru, agar hidupku lebih teratur. Oh semangat waja kekalkanlah prestasimu...
Terima kasih Tuhan kerana memberi kesihatan dan memberi ruang untuk aku menjadi insan yang lebih teratur...

Sunday, April 24, 2011

NASI LEMAK


Ape salah nasi lemak???
Bebudak sekolah jadi GEMUK bukan sebab nasi lemak la....byk faktor lain..
Bebudak sekarang ni byk makan makanan yg ngarut2 dan tak berkhasiat, cth :cekedis, air berkarbonat, makanan segera dan kurang aktiviti. Klu dah ngadap komputer je..mana nak keluar peluh, lagi pulak klu duduk rumah yg tiada halaman cth: apartment....
Tu belum masuk faktor keturunan lagi...
Kesian kat cikgu sekolah nak pantau makanan murid pulak...tanggungjawab mereka dah cukup banyak...ape pulak peranan ibu bapa yang byk lepas tangan?? alasan sibuk bekerja???
Saiz hidangan kat sekolah tu kecik je, bukan macam saiz hidangan orang dewasa seperti yang dijual dikedai atau warung2 tu..
WAHAI IBU BAPA BERILAH MAKANAN YG BERKHASIAT TUK ANAK2...
Saya peringat tuk diri sendiri jugak...Anak pun dah kurang chubby sejak dah masuk darjah satu ni, sebab kena gi sekolah pagi dan petang. Alhamdulillah dia jenis yang tak leh duduk diam, dan rumah pulak mempunyai halaman yang luas tuk diterokai...
Cuma saya cuba kurangkan kegemaran makanan bebudak ni iaitu aiskrim dan pizza....

BOTOL SUSU

Seram ngan isu ni, walaupun dah dekat sebulan orang heboh mengatakannya, baru hari ni berkesempatan tuk post kat sini. Kita kongsi bersama info berguna ni.
Ngape tunggu tahun 2012 baru nak haramkan sedangkan dah sah botol susu polycarbonate(Pc) tu bahaya tuk budak2 dan baby. Em...
Kajian menunjukkan botol susu(Pc) ni mengandungi Bisphenol A(BPA) yang dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak2.
Cara nak kenal botol susu ni, di bawah botol ada tanda (PC) atau no 7. So ape lagi pegi cek bawah botol susu anak tu sekarang!...
Alternatif botol susu bayi adalah dari jenis Polypropylene(PP), kat bawah botol ade tulis PP. Jenis ni adalah selamat digunakan serta tak jauh beza harga ngan harga botol (Pc). Bagi yang berkemampuan leh beli botol yg diperbuat dari kaca dan sebagainya(leh pilih kat butik baby).
Untuk lebih terperinci tuk tahu lebih lanjut leh klik:-
www.bharian.com.my/articles/Kenapatunggu2012harambotolsusupolikarbonat/Article

Antara petikkan:-

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
  • .

    Tuesday, April 12, 2011

    Novel

    Tak sabar nak habiskan novel yg satu ni, mungkin aku bubuh tajuk Ezuana.....
    makin lama makin boring lak nak habiskan jalan cerita dia...
    pastu nak hantar kat penerbit mana ye?
    Ahadiat x terbit novel dah kot..sbb hr tu dia bankrap..hard copy novel aku pun sampai skrg x pulangkan..banyak lak alasan dia hmmm...
    nak terbit sendiri aku masih tak berani lagi la...byk nak kena buat..

    Sambil tu nak olah serba sedikit novel yg dah lama terperuk ni..pastu bila dah puas hati baru leh hantar kat penerbit.

    Lepas tu nak buat novel terbaru lak kisah kekeluargaan yg penuh konflik berdasarkan pengalaman sendiri pastu suntik komersial sikit baru terangkat!!

    aku ni tak cukup masa laa..mane nak urus anak2 rumahtangga suami...nak urus syarikat..sambil tu ada hati lagi nak teruskan bisnes internet dan menjahit. Novel lagi...aaaaa.....

    Sunday, March 27, 2011

    Walaupun x suka tp sebenarnya SAYANG...

    Apa pun aku buat ade bersebab. Aku bersyukur dengan segala kemahiran yang Allah kurniakan, kemudian aku asah pula kemahiran tu . Jadinya semua aku nak buat sebab x nak sia2kan bakat yg ade. Namun AKU INSAN BIASA sejauh mane aku cuba melangkah terkadang tersadung juga tapi nasib baik tak parah.
    Aku dah mula dapat memilih apa yg paling utama untuk aku dahulukan...
    Mudah2an aku dapat membuat pilihan yang tepat supaya yg sepatutnya didahulukan x tercicir d tengah jalan...amin...

    DCL

    Lagi2 benda ni jugak...sakit hati malas nak layan makcik aku yg sorang ni...selalu dah pujuk aku aktif....

    Aku x berapa suka nak buat MLM la sekarang kerana bisness aku lagi kencang...so dahulukan bisnes dulu la... sambil2 tu mungkin boleh...tapi x janji boleh buat...

    Minggu lepas tetiba call nak ajak gi konvokesyen kat PWTC...aku dah kata x de masa..yg benarnye malas nak layan sangat. Rupanya nak minta seribu duit dia...sebab dia ada guna nama aku untuk buat bisnes dia tu...melompat la aku penyata pun tak dapat tetiba minta seribu...

    Dah jadi konflik....

    Aku x puas hati aku terus telefon DCL utk kepastian. Macam tu rupanya...aku tunggu jela statement dulu nak tengok..

    Dan aku dah sattlekan...macam2 cara orang berMLM ni...

    Niat aku nak jual Amazing pun sebab nak tolong orang...sebab badan kita kena ada makanan kesihatan untuk kekal sihat dan cergas disamping merawat masalah kesihatan yg sedia ade yg mungkin kita tak sedar. Aku x kejar sangat nak naik pangkat....

    Tadi dia datang rumah jugak...hm tujuan sebenar wallahua'lam... dia cerita bisnes dia, aku pun ceritalah bisnes aku..haaa amacam???

    Tak pasal2 aku dapat kopi DCL FREE! he he ok gak la rasa dia...sapa2 nak try aku leh bagi sample..hehe berjaya gak dia pengaruhi aku sikit2....

    Macamana pun Kali Grafik tetap no. 1......

    Projek Terbaru Kali Grafik

    Alhamdulillah...byk dpt...

    - bekal bahan untuk galeri di Singapura, regular customer...
    -TTI Terengganu
    -Maulidur Rasul Muzium Shah Alam
    -Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Jalan Duta
    -Kaligrafi Wall Sticker
    -Dato' Kemensah High Ulu Klang

    Alhamdulillah......

    Lagi2 Chemsle..

    Bukan nak lupakan terus kenangan kat sana walaupun pernah terniat dulu sebab sakit hati sangat.
    Bukan aku nak sombong kat korang.
    Bukan aku saja x nak jawab mesej kat FB dan H/p.

    Tapi aku terlalu teruja dengan tugasanku sekarang...busy dgn bisnes sehingga aku cuba lupakan terus korang yg beri asam dan garam....

    Aku nak rasa hidup bersenang lenang tanpa fikir orang lain, tanpa menyesakkan otak...

    Hari2 aku cuti, memang nampak macam cuti la, cuti dari makan gaji ngan orang...

    Alhamdulillah aku dapat juga merasai hasil usaha bisnes sendiri..tak siapa pertikai dan cemburu buta, belum masuk yg kena umpat, kena bebel...

    Untungnya pada umur 34 tahun aku dah jadi bos, alhamdulillah...


    Saturday, January 29, 2011

    Profail syarikat

    Alhamdulillah, akhirnya terbina juga tapak laman sesawang syarikat kami. Mate pun dah berpinar2 ni...

    lepas ni nak masuk bahan je lagi...

    alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala yg memberi kudrat untuk aku melunaskan kerja2ku sejak dari pukul 11 malam tadi. hari ini 30 Januari 2010 rasmilah


    Lama x berblogger...

    Tak lame la jugak dalam 2 minggu lebih je...
    Sibuk dengan tugas baru...
    eh lupa lak.. Selamat tinggal Chemsle...
    Walaupun terluka...
    em..adat la keje kat co. orang..

    Sekarang I'm FREE!!!!
    Freedom tul keje sendiri ni...

    Masuk opis ikut suke hati...
    tak tension dah ngan jalan jem cam dulu..

    Projek tgh canteeek ni..mudahan Allah permudahkan segala urusan, Amin....

    Kengkadang leh selit2 hobi.... 1) menjahit
    2)bisnes intenet
    3)tulis novel
    4)jalan2 ( ni yg paling best! hihi..)

    tah kenape aku dah tak mau ingat langsung kat tempat keje lama tu...wlaupun kengkadang teingat gak...yg teringat tu semua yg tak best lak tu...rase mcm nak lupakan terus je...

    aku nak terus hidup tenang macam ni...alhamdulillah....
    sambil leh jaga keluarga leh berbisnes leh berhobi leh jenjalan hihi...

    Ya Allah anugerahMu ini akan ku semai dgn benih2 keimanan.....