Thursday, December 23, 2010

Tikam

Hmm..entahlahhhh...

Masa susah carik aku....

Bila senang tikam aku dari belakang...

Kawan ape camtu?

Dah lupa ke, boss announce 4 tahun yg lalu klu sesapa nak cuti aku tukang rekod je...

sebab ape boss cakap camtu aku tak tahu sepatutnya admin la yang urus semua aku ni buat akaun aje...

Dulu masa Ecah cuti pun jadi isu... buat ape cakap kat aku, aku bukan bos ecah, kena cakap kat Liza sebab ecah keje bawah Liza bukan bawah aku kan?

dah lupa ke skrip yang korang membentak2 ecah tu ha?

Ha sekarang ni bila Ani nak cuti pehal lak suruh aku yang cakapkan kat boss?

Aku bukan boss ko...kau bukan keje bawah aku...dulu leh cakap Ecah sekarang pesal lak tak nak cakap sendiri?

Kalau tak berani sms je la...boss tu bukan makan orang..penakut sangat buat ape?

Kang aku cakap kang keluar citer macam2 lak....hi..makin aku hitung hari makin menjadi2 lak...

Lantak korang la...cakap orang macam2 pandai..kena kat batang idung sendiri pesal diam lak nak ngelak2 lak?

Konon macam bagus je ye..bila nak cakap nak cuti pun takut...pehal pulak aku tukang cakap?

Tak takut ke nanti Liza cakap Ani bukan keje bawah Yus..pehal cakap kat Yus?

Kalau berani cakap sendiri la kat boss ko nak cuti...Haaaa Liza kan ade suh Liza cakap dah masing2 berangan nak jadi boss kan?

Sunday, December 19, 2010

SEDEY tullaaaaaa.....

Menitik airmataku bila difitnah begini....Ya Allah ape perlu aku lakukan bagi menyelamatkan MARUAH ku ini...

Tak tertahan rasanya menyimpan rahsia mereka tu...
kalau aku announce kat semua baru la perang besar...dah kawan baik jadi musuh..
tapi aku tak nak benda camtu berlaku..
tapi bila berdiam diri macam ni tak pasal2 diorang bakar aku hidup2...

Peritnye rasa hati, rasa dihiris2...
Hai Kak Ani aku hormat kat ko sebab ko LEBIH TUA dan lebih LAMA keje kat CHEMSLE ni...
tapi kenapa ko leh jelouse kat aku tak pasal2..menjaja macam2..tak ingat KUBUR dah ke...

Hai Liza..ko ni pun satu, nak jelouse apenye kat aku ni...oooo sebab dulu boss selalu jumpa ko je ye tapi sekang ni kena bahagi dua lak kekadang kat aku lebih..ko dah lupa ke aku ni yang jaga expences boss...kalau ko nak boss pegi kat ko je..ambik la keje2 aku... bila aku offer tak nak pulak buat keje2 aku...tak nak pening kepala tak nak tansion..pandai pulak ngelak dan berdalih ye....

Gee ni pun satu..seronok ye aku nak berhenti.....panahan dalam lembut tu...
yelah...bila aku berhenti biar padan muka liza ngan kak ani terkangkang kiap nak jawap soalan bos...HAHAHA ko gelak ye..balas dendam..aku pulak tukang balas dendam ko ye..bijak2...

Ecah ni pulak hai kesian sungguh..kekadang cam lalang gak...pandai2 la nak hidup...aku dah tolong ape yang patut lepas ni minta tolong la ngan kak ani dan liza kesayangan tu...

Terima kasih la bagi pengalaman hidup ni kat aku..baru tau cam ni rupanya rupa kawan bertopengkan dot dot dot...

Alhamdulillah Allah gerakkan aku berhenti cepat..rupanya Allah nak tunjuk....
Takpela...semua ditangan ALLAH...

Aku serah kat ALLAh bulat2 100%, hidup dan mati di tangan ALLAH...

Aku BODEK Boss??

Subhanallah....nerakalah bagi orang2 yang memfitnah aku tu....Ya Allah! Engkau Yang Maha Berkuasa..sesungguhnya Kau tunjukilah hati orang2 yang munafik ini ke jalan yang benar..

Selama aku bekerja di sini, AMANAH adalah peganganku sebagai seorang akauntan. Membantu adalah keikhlasanku untuk meringankan kerja2 korang semua yang kononya berlambak2 tu..

Makanya ADMIN pun aku buat...

Akaun dah tentulah aku sorang yang buat..
Exspenses bos pun dah tentulah aku sorang yang buat..
Exspenses Office lagi....

Kewangan syarikat aku yang pegang..dah tentulah bos akan selalu jumpa aku dan berbincang.....

Yang korang JELOUSE membuta tuli tu kenapeeee....

Aku suruh korang buat keje2 aku masing2 tak mau..nak lepas tangan..tak nak ambil tahu.....

Tup tup korang tuduh aku macam2...tak ingat kat TUHAN dah ke??? fitnah orang sesuka hati macam ni?

Ya Allah! ikutkan hati aku dah doakan yang tak baik menimpa korang...tapi aku masih ade sedikit rasa kasihan kerana masih ade sisa persahabatan, tak tahulah kalau korang dah jadikan aku musuh korang....

Tak pelah...kalau aku dipihak yang benar mudah2an Allah tunjukkan jalan kebahagiaan padaku...Amin..

Friday, November 26, 2010

Surat Cinta tuk Boss

Selepas berfikir panjang, akhirnya aku print surat cinta tu...dengan terketar2nya aku bagi pada boss sebelum boss keluar opis.

Macam nak melompat dia...berterabur peluru kekesalan terhambur dari bibirnya... aku hanya terkedu sambil menahan tangis. Namun air mata kesedihan dan terharu menitis juga...

Dia tak mahu sign SURAT RESIGN aku tu....dia tak boleh terima...terkejut dengan keputusan aku yang tiba2.

Masa ni barulah dia kata aku hanya berurusan terus dengan dia, staff lain tiada kene-mengena. Aku adalah kepala bagi Chemsle dan macam2 lagi, tapi staff lain anggap aku macam kuli batak je...mentang2 aku diam apa saja diorang kata....sebab aku pikul tanggunggjawab yg sangat berat dan hanya aku dan boss saja yang tahu..mereka tak tahu..hanya tahu menuding jari....

Wednesday, October 27, 2010

Tarikh Keramat!! 25/10/2010

Alhamdulillah..
Setelah lama merancang akhirnya Allah kabulkan doa kami untuk memiliki syarikat sendiri.
Kali Grafik nama yang ditakdirkan terpilih.
Selepas ini bermulalah era baru. Lebih gigih menggapai cita2 demi anak2.
Tahun 2011 adalah tahun yang penuh cabaran apabila aku terpaksa melepaskan jawatanku sekarang.
Aku terpaksa memilih untuk menumpu sepenuh perhatian kepada keluarga sambil memikul tanggungjawab mengurus syarikat yang diharap dapat menampung kehidupan dan masa depan kami. Moga ALLAH sentiasa membimbing dan memudahkan segala urusan serta memurahkan rezeki kami, Amin...
Masa sering mengejar, jika terleka akan tertinggal jauh dibelakang. Biarlah apa jua yang mendatang dapat dipikul dengan penuh redha. Moga ALLAH sentiasa bersama kami..Amin Ya Robbal Alamin..

Monday, September 20, 2010

Selepas Cuti Rayeee..


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin pada Semuaa..
Mak oooi...maleh sungguh nak mulakan hari pertama kerja lepas cuti lama niii.. Tapi nak wat camne hidup kena diteruskan..




















-nak bangun awal
-nak sediakan beg anak2

-nak kejut semua
-nak siapkan sarapan
-nak gosok baju
-nak mandi pagi

-nak kena pakai uniform tu..
-nak kena hadapi jem hari2
-nak kena saba bebanyak ngan kerenah anak2 dalam perjalanan
-nak kuatkan semangat nak tinggalkan anak kat sekolah dan nurseri
-nak hadapi kawan2 opis yg pasang surut mood nyee..
-nak meeting ngan boss
-nak kena buat akaun yg melampau2 tuuu..
-nak kena jadi secretary
-nak kena jadi PA
-nak kena jadi kebajikan masyarakat
-nak tahan sakit hati
-nak nak nak nak nak....
Semuanye kena diharungi dengan kesabaran dan keimanan yg tinggi...
Moga Allah sentiasa bersamaku
Amin..........

Thursday, August 26, 2010

Dia Sorok bil....


Hm... tu la asyik nak pandang serong kat aku. Konon aku tak bayar bil Digi dia... padahal tiap bulan aku bayar habis bil dia..tak caye? pegi tengok dalam file digi tu...

Ni pehal pulak tak bagi aku tengok bil yg sampai 13 m/s tu??


Nak sorok apee...

Bagi aku bil yg depan je..

Lepas tu dok bisik2 kat Liza nak bayar bil..ngape tak cakap kat aku je? Selalu kemain lagi dapat bil je terus bagi kat aku...


Ha tulah manusia..tak nak bersyukur langsung..ikutkan hati nak je aku cakap kat bos, sebab dulu boss cakap bagi LIMIT RM 200 je!! Tu pun jenuh aku pujuk bos supaya bayarkan bil dia, sekarang dah dapat tak nampak aku dah...aku tolong dia pun dok kata yg bukan2 lagi..Dari air muka dia aku tahu bukan sehari dua aku kenal dia. Ni dah sampai RM500++ sebulan..kalau boss tahu ni MELOMPAT dia....


Lantak la..minggu depan baru aku bayar...

Aku tanya mana bil yg belakang byk2 tu..tunjuk muka cover la tu...huh pesal tak bagi langsung aku tengok?


Sorok ape.....

Klu urusan Chemsle tak sebanyak tu...boss pun pakai dlm RM350++ je...

Tula..komplen orang pandai..kena kat batang hidung sendiri pun nak tunjuk lagak lagi tu..heee...cover la cover la...

Huh! memang menyakitkan hati betul...nasib baik bulan puasa ni....

Sabar jela..

Tuesday, July 27, 2010

RESAH


Resah ku memikirkan
Pagi yang kuharap penuh sinaran
Mendung jua menyapa

Resah ku belum berkesudahan
Cuba kuketuk pintu keceriaan namun suram jua ku temukan
Apa dosa aku?

Salahkah aku cuba menjadi amanah?
Salahkah aku cuba menjernihkan?
Salahkah aku duduk ditengah2 tanpa menyebelahi sesiapa?
Salahkah aku cuba berlaku adil?
Salahkah aku cuba menjernihkan keadaan?

Aku jua ada pendirian
Kenapa sering kuterima pendirianmu
Namun yang sekali inilah kau tolak mentah2?
Apa salah aku?

Acapkali kau tertawa namun ada maksud
Tiap kali kau tertawa namun penuh sindiran
Seringkali kau berbahasa namun penuh berbisa
Terlalu banyak yg tersirat..

Bila kau bermusuh dengan orang lain kau cari aku..
Bila kau bermusuh dengan ku
Kau cari orang yg telah kau palit lalu kau palit pula aku...

Manusia....
Hati lain-lain
Mujur tidak sama hati..kerana hati yang rosak itu tidak perlu dikongsi...
Akan merosakkan hati yang sedia bersih ini..

Ya Allah
Kau tabahkanlah hati-hati suci yang tabah ini..
Agar mendapat ketenangan yang hakiki..
Hanya Kau Yang Lebih Tahu..
Akan hakikat sebenar...
Moga ada hikmah tersirat
Amin....

UJI


Sering kali kesabaran ku diuji...
Entah berapa kali aku tak puas hati
Semakin lama semakin meresahkan..

Surah Yaasin, jua penyejuk hati..

Terkadang terasa terhimpit..
Terkepit dengan karenah manusia..
tak mahu kuungkit kerna semakin lama semakin menggigit

Surah Yaasin, jua penyejuk hati..

Hidup ku adalah aku yang mencoretkan..
Apa hak mereka hendak mengubahkan yang sedia ada
Aku yang berusaha menggapainya..
Kenapa harus iri...
Mengguris hati..

Surah Yaasin, jua penyejuk hati

Biarlah sering diuji
Surah Yaasin, jua penyejuk hati
Kerana Allah bersama orang2 yang sering mengingatinya..
Mohon aku termasuk golongan itu
Amin........

Thursday, July 22, 2010

BILA PENA BERLARI....









Bila pena sudah mula berlari...
Sukar lagi untuk dihenti
Setiap bait bak puisi
Menceritakan yang hakiki

Bila pena sudah mula berlari
Mata dipejam tak mahu lena lagi
Menerawang ke langit tinggi
Mencari yang hakiki

Bila pena sudah mula berlari
Akan tercapaikah apa diimpi
Setiap yang mula dicari
Akan tergapaikah dititi

Bila pena sudah mula berlari
Entah bila akan terhenti
Kerana yang dicari
Masih belum ditemui...

Bila pena sudah mula berlari
Akan digenggam dan digari
Tidak dilepas dari jari
Kerana didepan nanti kan ku terokai..

Thursday, July 15, 2010

Kerajaan dah mula CUT SUBSIDI!!!


Adoooi!!!....hmmm ape yg bole kite kate? sape yg pilih tu? memang dah agak dah perkara ni akan terjadi....
PETROL naik 0.05 jadi 1.85
GULA naik 0.25 jadi 1.90
GAS naik tak pasti lak berapa..
Alasan kerajaan nak suh rakyat berdikari...cut subsidi tu tuk pembangunan yang akan menguntungkan rakyat la kononnye.....
Yang pakai ALPHAT tu bole la berdikari, yg pakai basikal, moto, kete ala2 tu camane?
Kat sape nak ngadu...sape berani nak tampil bantah! Siap la bawa sepanduk je nanti sumbat jel terus...
Kenape? kenape? kenape?
Kerajaan nak buat bangunan tu untuk ape...yg terbekalai pun banyak tu...tambah2 rumah tak siap tu pembeli tetap kena bayar gak walau tak siap nanti kena lelong lak ngan bank terus istihar muflis & blacklist....TENGOK!!!!....
Kalau betul nak buat pembangunan pegi buat kat yg jauh dari KL Selangor baru la diorg leh rase nikmat pembangunan tu... mane pegi industri pertanian?
Tapi yg dapat duit tokeh2 la..rakyat jadi kuli gak keje kilang....
Hai..ape nak jadi.. komen lebih2 kang kena lak macam Ismail Petra tu...

Friday, July 9, 2010

Rumah Oh Rumah!


Semuanye kerana rumah...


Just nak lepas perasaan je... (JERIIIIT!!!!!)tak boleh cerita semua nanti aku meraung kang terkejut lak satu opis ni pun dah meleleh2 air mate ni...

Thursday, July 8, 2010

TAk nak langsung bincang ngan aku...

Ntah ape dia mesej kat boss agaknye tu.....tuduh aku macam2 la tu......dah boss yg bagi tau tadi dia tak de kat sini sebab nak mengelak bagi rm 2000 tu.....tengok sekarang dua2 serang aku ngan senapang gajah....
Alih2 aku gak yg kena...pehal korang ni ha? aku bomm kang baru tau......
Kalau nak sangat duit ambik la... bukan duit aku pun....

boss ni yang ngelak tengok aku gak yg kena....
kesian tul kat aku ni...
memang berat tul la...jadi akauntan ni.......
AKU NAK BERHENTI LAAAAAAA.......SAKIT HATI TUL LAAAAAA....
sape nak tolong aku sepak terajang minah sorang ni!!!.....

Hari2 buat mulut jahat...mulut longkang! dah tu perasan baik lak tu!!!!!!.....

Wednesday, July 7, 2010

Heh...



Ngape la aku tak berani cakap ha? Sebab selalunye bila aku cakap senang sangat orang nak patah kan aku balik dan aku terus terdiam seolah aku yang bersalah.......

Aku pun baru tadi tanya kat boss, boss kata minggu depan tu minggu depan la tak percaye pulak tu aku cakap....nak minta kat boss sendiri pun tak berani...cakap2 belakang berani pulak..siap kutuk2 lagi...Sekarang asyik keluar ngan Liza je..hm...ntah ape2 la yang diorg longkang kan mulut diorg tak tau la.... Liza ko jaga2...dulu masa ko tak ngam ngan Ani...Ani kutuk ko macam2 kat belakang ko tau tak? Kalo tak sedar lagi tu aku tak tahula..tak dapek nak tolong...


Aku ni dah tak sedap hati dah nak buat keje...rase tak sedap je la, tak tau ngape.... gaji naik pun rase gumbira sekejap je pas tu lain macam je sebab tak gumbira macam selalunya naik gaji... seronok yang tak berapa syok lebih kurang camtu la.....


Rase nak berhenti pun ade gak tak larat nak pikul tanggungjawap ni...semuanya aku kena buat!!!
Admin pun aku kena buat, nak jaga personal boss lagi cam PA/secretary lak...,akaun tu bukan sikit2 tanggungjawabnye...., Nak tulis pun rase tak cukup je page ni...

DUit RASUAH ke Ha?


Sekali lagi aku terkejut bila MM minta RM2000 nak bagi kat Tn Rosli kat Jabatan (...) sebab dia tolong kita dapatkan order....

Aku mulalah ragu aku keje kat sini....

Aku tak nak terlibat..dah la aku buat akaun....

Walaupun MM pernah kata niat kita nak bagi sebab dia/sape2 dari jabatan sipolan2, tolong kita dapatkan order, klau tak kerana dia kita tak dapat order tu..sah2 orang lain dapat order...

Alamak nak masuk kategori mane tu?

Oleh kerana aku rasa niat kami baik...jadi bukan masuk dari kategori RASUAH la...

Tul ke bukan rasuah?

AAAHH!!! aku dah mula berdebar2 ni....ape patut aku buat? rase nak berhenti pun ade ni....

Kalau bukan RASUAH alhamdulillah..tapi kalau RASUAH?

Mane aku nak minta tolong bagi pandangan ni... masuk FB ustaz Ravi tak boleh nak add pulak sebab penuh..Ustaz Ravi ni dulu penasihat company ni tak tahulah sekarang masih lagi tak?

Tapi yang pastinye Boss aku ni ayah angkat Ustaz Ravi tu....

AHHH!!!! Tolong la aku ni................................

GAji DAH NaiK!! yeh yeh


Salam semua...

he he...wi hi ha ha hu hu he...

hati dah sejuk dah...

SEGUNUNG terima kasih kat kawan ku GEE kerana berani bertempur...aku sendiri pun tak berani nak bertempur mati-matian...duk bertentang mata ngan bos pun aku jadi kalah sebab dia pandai patahkan segala senjata yang aku bagi, tak cukup tajam agaknye...

Badai yang melanda minggu ni dah tenang kembali..semuanya kerana NAIK NAIK GAJIII!!!...

Ade gak yang tak sedar diri lagi tu..dok nak sindir-sindiran.. apa ra.....satu opis pun nak wat camtu, dah tu staff ciput cam ni nak gi mane....pada yang tak dapat ku tolong tu maaf manyak2 la..sapela aku...aku boleh tolong takat tu dulu buwat mase ni...lain kali kita fight lagi sebab bos dah janji kan?? Oh! Ecah itu je la yg boleh ku buat....ni semua mokcik korang tu la...lambat bertindak lepas buwat announcement(tul ke aku eje..) hmm..tak pelah janji gaji aku naik YUHU HA HA HA!!!! Astaghfirullah! ish aku ni tak ingat Tuhan ke!!! Ampun!!

Alhamdulillah syukur pada ALLAH memurahkan rezeki kami..mudahan memudahkan urusan kami dunia dan akhirat Amin....

Monday, July 5, 2010

Kazakstan, Rusia









Hmmm...husband aku ni asyik sebut Kazasthan je(tul ke ejer?)...nak kena outstation lagilah tu... "Sayang Abah tak?" Aku jawab "tak sayang....(dengan muncung mulut 14")" dia balas balik dengan senyum simpul " kalau tak sayang Abah nak gi Kazasthan lah..." EEeeee geramnye...asyik sebut jeeee....
Bukan aku tak bagi pegi aku nak ikut gaaakh! asyik kena tinggal je ngan anak2...pastu kena duduk rumah org tua...hm..boring tul kalau kena ngomel.. maklumlah dilayan macam budak kecik lak..nak duk rumah sendiri..nak goyang kaki pun tak sapa nak bebel/sindir..adooi tak tahan lah telinga nak dengar.... Tapi nasib baik husband tak suh duduk mah mertua lagi tak mau!!....ah tok leh dibayangkanla......tak mau..bagi sejuta pun aku tak mau!!!....
Pastu ade sebut gak gi China..sudah...China pulak...biar betullah Hubby aku ni....mana satu nak pegi ni...ha! aku cadangkan jangan pegi kedua2nye...lebih baik ambik cuti panjang bawa kami makan angin lagi best!! Aku ni dah maleh nak gi keje..tak semangat dah..paksa kaki je gi opis ni...kalau tak kerana anak aku kena gi tadika aku maleh nak gi keje......

Friday, July 2, 2010

GAJI tak NAIK!!


AAAAAAAAA........tension!!!!!! gaji tak naik!!! dah 5 tahun keje kat sini!!!!!. Sakit hati tul tambah2 kat m m tu...cakap tak serupa bikin..mulut kekadang bau hangit!!!..depan2 penakut lepas belakang bukan main lagi cari silap orang pulak!!!!!.....Ko sindir aku pehal???ko tu mulut longkang!!!!! macam baik konon kat belakang macam t...Pijak semut tak mati kat belakang tikam orang!!!

Ko boleh cakap la...apepun ko dapat.....gaji ko dapat, komisen pun mintak gak...service kete claim opis...bil hp pun opis bayar...tol pun claim...elaun lagi....aku ni kalau mulut jahat dah cerita kat semua orang....tu sebab ko boleh relax je walau gaji tak naik...tu pun konon dialah paling berjasa kat company habih kami makan gaji bute ke???? Kalau ko, boleh ke wat sorang2 keje kat cini tanpe kitorang ha???? Depan2 bos tak berani cakap belakang boss kemain lagi kutuk!!!..... Kitorang ni dah berdozen2 kali mintak tapi boss putar balik.....memang la dapat bonus manyak tapi kalau takde gila2 punye order......sape nak jawap tu....Harga barang makin lama makin naik ape pun naik.....Haaaaaaaa geramnyeeeeee.....gerammmmmmmm.......maleh nak wat keje...lantaklah...aku tak tahan sok aku berenti je....niaga pasar malam lagi bagus tak sakit hati cam ni!!!!!!

Monday, June 21, 2010

ANAKKU SAYANG


Sayangku YASMIN NADIA BT MOHD FADIL.
-mase ni baru 6 bulan kalau tak silap. Gambar terbaru belum sempat nak masukkan kat file. Takpelah janji comel he he..
Dah seminggu baby batuk sejak lepas baik demam panas Sabtu(12/06/10) lalu. Macamana nak buat? Ubat doktor pun dah nak habis. Makan madu je sekarang ni tiap pagi.. Ade nampak berkurang sikit. Tapi baby dah nampak kurus, dukung pun rase ringan je... nasib baik dia tak meragam sangat tido malam. Cuma sering batuk menjelang pagi.. Takut juga kalau kena astma. Bagi makan bubur nasi kena kasi hancur2 tu pun terbatuk2 terkadang muntah balik, bagi makan biskut pun camtu lagi kesian tengok dia seronok nak gigit tapi lepas tu terjeluek muntah, kesian kat dia. Oleh kerana selalu sangat muntah baru sua botol susu pun dah nak terjeluek hmm... Harap-harap baby cepat sembuh. Ibu sayang sangat kat Yasmin!!!

Friday, June 4, 2010

KRISTAL SABAH VS MUTIARA SABAH


Seronok tengok koleksi Sabah ni...
Comel dan lain sesangat design nye..
Raye ni ingat nak pakai mutiara dan kristallah pulak.
Nak beli barang kemas mahal, kalau tak silap 1 gm = RM 125.00 kalau tak silap entah2 dah naik lagi... Cukuplah apa yang ada ni.


Pakai mutiara/kristal ni dahlah cantik tak perlu takut dicuri atau diragut.
Rasa selamat je selain rasa anggun je..maklumlah berkilat-kilat...
Kalau korang berminat nak tengok koleksi mutiara/kristal ni leh ke www.aksesori-ku.blogspot.com
selain kerongsang ada bermacam2 jenis gelang untuk digayakan.
Jengok ye jangan tak jengok...cuci mata..

Thursday, May 20, 2010

TUDUNG BERBONGGOL!


Semakin popular fesyen ni sekarang. Tapi tak terfikir nak pakai sebab nampak pelik. Semasa melayari FB ternampak tulisan seorang hamba Allah. Lalu saya mengambil inisiatif untuk merperingatkan diri sendiri dan kawan-kawan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang( nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"
-Hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223-

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini"
-Hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Renung-renungkan HADIS di atas:)

Tuesday, May 18, 2010

CAPE TOWN


Tanggal 15 Mei 2010 pada pukul 3.00 petang aku kena hantar husband gi opis dia. Dan dari opis nanti ada transport company hantar ke KLIA. Rasa sedey gak lama dah dia tak kena outstation. Mungkin baby kami dah 10 bulan jadi dah tak leh elak dah, mase baby kecik lagi ade orang lain ganti. Ni semua dah kena, jadi tak leh elak dah kot...Rabu depan baru balik bersamaan 26 Mei 2010. Lebih kurang 10 hari...Ah! Aku dah mula menghitung hari...
Masa hantar kat opis tu perasaannye tak sama macam dulu2 masa mula2 dia kena outstation. Mungkin aku dah biasa, sedey tu boleh control lagipun anak2 ade untuk menemani aku.

Mase kat opis husband ku ade sorang isteri kawan dia ni hairan tengok aku tak tunggu. Dia siap pegi iring suami ke KLIA. Maklumlah tak pernah lagi kot. Aku boleh memahami perasaannya itu...Memang berat nak berpisah ngan suami walau sekejap. Dah selalu nanti rase ok lah...

14 jam perjalanan ke Cape Town huh! penatnye Tuhan je tahu...

Untuk hilangkan perasaan rindu yang kian berputik ni, sibukkan diri ngan tugasan ku di opis. Banyakkan masa meneroka internet cari ilmu dan kemaskini blog selain advertise blog2 ku. Tanggungjawab terhadap anak2 aku berikan sepenuh perhatian...

Thursday, May 13, 2010

BROOCH / KERONGSANG


Salam dan selamat sejahtera semua,
Kerongsang lah pulak! MURAH jer...
Sepasang baru RM 25.00 kos pos adalah PERCUMA!
Cantik untuk dipakai bersama2 tudung atau penyeri selendang mahupun blouse yang dipakai.
Design yang unik beserta kristal yang berkilau menambahkan seri pemakainye!
Untuk pilihan yang lebih banyak sila ke
http://www.aksesori-ku.blogspot.com/
Kunjungan anda amat dialu-alukan :)

Wednesday, May 5, 2010

Baby


Hari ni macam biasa TENSION!. He he..lari kejap dari tugas.
Saya ada seorang kawan yang sangat baik. Tetapi masih belum dikurniakan seorang anak walaupun telah lama berkahwin. Sebelum ini adalah juga dia berusaha untuk dapatkan zuriat tetapi masih belum berhasil. Dan baru-baru ni dia ada menyatakan ingin mengambil anak angkat itupun setelah di pujuk beberapa kali oleh ibunya.
Sebenarnya dia berat hati nak ambil anak angkat, mase kecil dah penat-penat bela bila dah besar dia cari emak kandung jugak...
Tetapi walaupun begitu kalau kita jaga seeloknya dan beri didikkan agama serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi takkanlah anak angkat tu lari gitu saje kan? Tentu dia anggap macam keluarga kandung. Cuma kalau anak perempuan tak dapat tidak bila nak kahwin kena juga cari wali dia kan?
Dah banyak dengar cerita kalau susah nak dapat anak, apabila ambil anak angkat tak lama lepas tu akan mengandung.
Tak pelah tepuk dada tanya selera.
Yang pentingnye tak putus asa untuk dapatkan anak. Walaupun suami dia menerima seadanya, tetapi sebagai wanita tentulah teringin menimang anak sendiri.
Saya ada cadangkan kat dia makan Bidadari dan NuAge DCL sebab dah ada yang berjaya menimang cahayamata. Tetapi dia seperti sudah putus harap.
Setelah cuba memujuk, akhirnya saya akur dengan keputusannya itu. Tak pelah yang pentingnya saya dah cuba membantu dia dan sekarang hanya mampu berdoa, dan dengan harapan pintu hatinya terbuka untuk terus berusaha....

Friday, April 9, 2010

Penangan Facebook

Ahakh!....

Buleh terleko layan facebook ni..terkadang tu leh tersenyum sendiri..tapi control gakhla...sebab nanti org ingat tak betul lak..dah senget ke minah ni? keh! keh!..

Yang bestnye..leh dapat ramai kawan..tak reti berkawan pun leh jadi ramah lak layan...

Tu belum yang jual barang..kepakaran dan macam-macam lagilah. Tak yah susah-susah nak buat web atau blog. Senang sungguh nak advertise kat sini..

Aku nak wat gak..tapi belum pandai sangat nak create heh! heh!

Tak pe pelan-pelan, nanti mahirlah macam nak wat blog ni dulu..sekarang ni kacang jer..tapi masih ade yang kurang. DAn banyak lagi aku nak belajar.

Paling puas hati sehingga sampai blog aku ni boleh mendatangkan income Amin...

Kojo ku dah siap...2009 punye account report dah leh hantar audit..Hoh! Hoh!

Lantaklah..ape orang nak kata keje aku ni..Walaupun ade yang tak respek keje-keje aku kat opis ni aku peduli apa?
Mentang-mentang aku tak masuk U..Sekurang-kurangnye aku ada diploma (walaupun bukan akaun)aku ada sijil akaun dan pengalaman wat akaun ni 15 tahun...Lebih lagi dari Master dan PHD heh...

Korang tak tau keje aku jangan nak mengkondem keje orang lebih-lebih..Cermin diri dulu.. Bos aku pun tak pertikai keje-keje aku..TU YG PENTING! KAH! KAH!..

Alamak dah terkeluar tajuk lak..Peduli hapa?

Bila nak dapat INNOVA ni? Hah! Impian terus pasang impian...Manalah tau suatu hari lebih dari innova leh dapat AMIN...

Kepada yang suka berfacebook tu, jangan sampai lupa wat keje dah lah..hidup kena teruskan gakh..walaupun makan gaji..aku bagi peringat kat diri aku jugak.

Tapi kalau tak makan gaji, teruskanlah berfacebook untung-untung niaga sendiri leh tambah ape-ape yang penting. ADVERTISE tu PENTING! Tapi jangan sampai lupa nak masak nasi dahlah...melompat HUBBY korang!

K lah..nak sambung keje..2010 punye akaun kena jalan gakh!...

Wednesday, March 24, 2010

Duit! DUIT!!


Fuh! Seronok kalau jadi kaya kan? Ape nak insayaallah semua buleh dapat punye... Tapi nak menuju kearah kaya tu bukan senang. Banyak yang perlu dilakukan. Pengorbanan bukanlah sedikit. Kesabaran menghadapi ujian demi ujian teramat tinggi nilainya.
Melainkan nasib anda baik menang peraduan RM 1,000,000.00 ke..Ade ke cam tu? OOo..Power Root ade tapi kena korbankan duit yang banyak untuk beli produknya..tu pun belum tentu menang.
Menang kete mercedez, camry ke..masuklah peraduan minyak kete. Dah berlambak dah ku masuk tapi hampeh..
Lagi peraduan ape ek? Rasenye yang terbaru ni, kira berat keropok Mr Potato klu tak silap. Kalu silap minta sorry ye..mokcik tak salah.
Ade gak orang cakap macam2 kuiz dan peraduan buat tapi pemenang belum tentu ade dan diumumkan. Kalau ade pun makcik pakcik sedare mare lah diumum pemenang, orang lain mana tau kan?

Nak jadi kaya cepat kononnye..sekarang ni paling famous, niaga di internet. Macam2 jenis ade..jual produk macam www.mari-mari-beli.blogspot.com. Tu pun kena kerja keras nak promosi tu..baru try2 hi..dalam bentuk komisen pun ade..MLM maya..dan macam2 lagilah. Cuma kena berjaga2lah supaya tak terkena pula. Bukan semua diinternet tu betul....

Hmm...

Sunday, March 21, 2010

Assalamualaikum...


Lama betul tak kemaskini blog ni. Kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya,

www.mari-mari-beli.blogspot.com

Terima kasih banyak2.

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja, akhirnye 90% siap. Tengah tunggu bos balik dari umrah untuk buat rumusan terakhir.

Entah kenapa dah tak de semangat pulak nak tulis blog ni, kerana ada seseorang atau mungkin lebih seorang yang macam nak blaim saye lak. Nak tulis lebih-lebih pun tak boleh. Ada yang kurang senang dengan cita-cita saya, malah nak perkecilkan pulak.
Salah ke saya nak berdikit-dikit mempelajari selok belok perniagaan. Sesaje nak test market. Modal saya guna duit sendiri tak kacau duit orang pun. Dan saya tak paksa untuk orang beli produk saya. Anda bebas memilih yang mana satu yang anda suka. Beli atau tidak saya tak kisah, malah baca informasinye pun dah cukup. Saya cuma nak bantu orang yang ada masalah kesihatan ade alternatif untuk mereka. Malah saya juga telah dan sedang menggunakannya. Sudi singgah pun dah cukup saya HARGAI malah saya alu alukan salam perkenalan dan persahabatan. Saya pun nak cari kawan juga, sebab saya tak ramai kawan.

Malah nak beriklan di blog saye pun sudi-sudikanlah...saya akan ke blog anda bila ade berkesempatan. Nak juga tengok produk2 yang korang jual. Dan setakat ni saya jadi rambang mata tengok produk2 tu. Dan ade yang memang susah nak dapat di pasaran malah terkadang tak terfikir pulak produk tu boleh jual. Ini juga boleh menambah ilmu kepada saya.

Oklah, nak sambung kerja. Tak baik kan curi tulang? Ahakh! Release tension je kejap hik!

Sunday, February 21, 2010

LIPSTIK KU!


Sekarang dah ade stok lipstik untuk bibir sensitif. Dah cuba baru dapat rase kebaikkannye.... Bibir dah tak ade rase rengsa dan gatal2. Tak ade lagi masalah bibir kering dan menggelupas. Jimat lak tu...Sekarang ni dah pakai 5 bulan masih tak habis lagi. boleh pakai lagi dalam 2 minggu atau lebih memang berbaloilah beli.. Yang pentingnye! HALAL! Yakin halal. tak was2 nak oles kat bibir. Memang puas hati sangatlah..

Cuti CNY?

Hah! Dah lama tak update. Tengah banyak keje, dah tu boss bagi cuti seminggu sempena Chinese New Year. Banyak orang terkejut, company Cina ke? Heh kami syarikat bumiputra 100%. Tapi sebab banyak syarikat tutup, so kami tutup gaklah..khi..khi..Masyuk baik punye...

Selalunye...tiap tahun cam gini..Tahun ni cuti sampai tak tahu nak buat ape..balik bercuti dr kg suami pagi Rabu. Duduk rumah main ngan anak. Pastu teringat kat office lak...

Tapi mase kat kg tu, dapat beli barang2 untuk kenduri adikku April nanti. Memang murah sesangat. Beg kertas yang cantik pun baru RM 0.50 satu, kalau kat sini dalam RM 1.00 satu. Bunga telur lak RM0.60 jer berbanding kat sini RM 1.20. Sekarang ni nak cari idea untuk wat hantaran dan bilik pengantin pulak. Seronok wat keje2 ni..rase cam perancang perkahwinan lak hik hik..

Thursday, February 4, 2010

Hari Yang MeMbOrinGkaN!!



Hari ini seperti biasa jalan Sg Buloh Jam Gilerrrr.... Takpelah nanti aku da jadi menteri masalah ni selesai, kalau jadilah heh heh!

1)Buat jalan cam MRR2 kepong tu start dari Paya Jaras tuh.

2)Bina stesen komuter kat Kuala Selangor.

3)Bina stesen LRT/ MONOREL

4)Bangunkan pusat2 bandar setiap negeri macam KL tuh, so orang takkan terus menumpu ke KL jer cari keje..dan yang jadi mangsanye orang Sg Buloh yang dah memang sesak.

5)Pembangunan terancang. Bangunan naik bersama2 jalan yang dinaik taraf.

6)Keje kat Sungai Buloh jer..

7)Berhenti kerja.....buat bisnes internet berofis kat rumah jer...boleh jadi bos heh! heh!

Mokcik bagi cadangan je..jangan marah/saman Mokcik. Mokcik tak salah...Sayang semua...

Tuesday, February 2, 2010

MaCamanA NaK JadI KAyA?

Terlalu banyak idea dalam kepala. Bertuah dan sepatutnya aku bersyukur dikurniakan akal fikiran yang tak henti berfikir dan tak putus idea.Alhamdulillah syukur pada Allah.

Cuma aku yang kurang pandai untuk menterjemahkannya. Kalau aku ada kepakaran dan kreatif seperti En. Irfan Khairi, dah tentu aku jadi milionair. Hmm.... maybe..

Sebenarnye....apa ye....

Masih tercari-cari maklumat untuk dijadikan panduan. Dalam note kecikku tu dah mula tercatit serba sedikit apa yang aku cari.. dan masih mencari.

Mudahan aku menemui apa yang ku cari...Amin...




Aku berkebolehan buat gubahan hantaran, pelamin, makanan pengantin, yang sewaktu dengannyelah...

Boleh karang novel dan dah pernah terbit 3 buah novel tak lama dulu.

Boleh menjahit.

Apa lagi ye?

Wednesday, January 27, 2010

Rumah Ku Syurgaku


Wah! Dah tak saba2 nak duduk rumah sendiri. Dah bertahun-tahun survey, kejap tengok rumah kejap tengok tanah lot. Macam2 perancangan dah tergantung2 kling2. Tapi alhamdulillah sambil tu rajin tul kumpul duit. Biarlah orang nak kata ape, namun iswara sedanku itu banyak jasanya. Sedey bila orang kata macam naik kete keballah, takde kelaslah, tak padan ngan keje lah... Tapi takpe, buat ape cari kesenangan untuk tunjuk kat orang, poket kosong, sanggup hutang sana sini...Hih...simpang malaikat 44.
Bak kate suamiku yang tercinta biar miskin dimata tapi poket tebal heh heh! Kalau ikut hati dan termakan hasutan orang, dah lama pakai Toyota Vios ke Honda City ke, wuh! bebulu jer orang tengok...Alang2 tukar Innova terus keh! keh! Tapi masaklah nak bayar bulan2. Duit gaji ngam2 tak ade saving... Woh takut den, kot jadi apo2 takdo harto tinggal kat waris den. Tinggalkan hutang lagi ado....
Panjang mukodimah nih! Nak dijadikan cerito (jadi balik bahaso minang den hih!)macamano mencari pun alih2 dapat tapak free.. Timo kasih kat mak bapak den, tak terbaleh jaso eh! Sebonarnyo dah lamo dah diorang suh buek ghumah kat tanah tuh, tapi den sogan ngan adik- beradik. Ontah lah den ni dah terbiaso berdikari dari kocik. Tak mau susahkan mak ayah. Sebuleh2 nak cari harto sendiri...baru pueh hati...
Tapi atas desakan demi desakan akhirnyee...kite cairlah dah..
Apalagi dek kerane sakit hati kat Tuan rumah sewa tu..yang memang kurang asam tu...
Aku bertekad ikut kata mak ayah ku yang TERCINTA!
Sekarang ni tanah tu dah siap bertambak(taruh tanah merah kasi tinggi sikit)In proses heh! heh! Tu pun atas dorongan adik ku yang kebetulan nak buat rumah jugak. aku transfer duit jer kat akaun dia. Sebab sambil dia buat rumah sendiri dia buatkan rumahku sekali. Thank u adikku! NI NAK IKLAN FREE NI..SAPE2 NAK BUAT RUMAH,WELDING,KEJE LETRIK leh lah kontek aku..nanti leh bagi no.h/p dia.

Tuesday, January 26, 2010

HAri2 TrAffic JAm

Sape tak kenal Sungai Buloh, jangan ngaku anak Selangor hek hek jangan mare. Mane tak terkenalnya, ranking no. 1 traffic jamnya. Kalau sehari jalan tak jam memang magiclah...Kalau tak sikit pun banyak... panjang.
Hari2 gi kje sampai naik nyampah dah, tapi kena lalui gak kalau tak nak ikut mane? Mase tu mulalah terfikir, kalaulah boleh pinjam kipas Doraemon tu..dah boleh terbang dah tak yah susah2. Tak pun panggil Ultraman tolong angkat dan terbangkan ke office.
Tapi ade satu petua yang dah pun aku amalkan. Jangan pakai jam heh heh gerenti tak terkejar2 mase. Kalau tak asyik tension je kejap2 tengok jam, kejar masa hah hah.
Pastu layan cd nasyid ke selawat ke, hah tenang je rase macam tengah lepak kat tepi pantai je..kekadang tu try layan lagu hindustan mari..wuhuh rase nak gelek lak, sendiri buat lawak sendiri gelak. Tentu orang kat dalam kete sebelah jalous tengok kita tengah jalan jam pun masih boleh gelak2.
Tapi aku ni manusia gak...kadang2 tu tension gakh..Marah tak pasal2 macam2 sebut tapi taklah sampai mencarut ish! Dosalah...

Facebook

"Hek eleh...itu pun tak tau ke?"
Sadis tul bila orang cakap cam tu bila kite tak tau pasal facebook kan? Lebih sadis lagi bila hari2 hadap komputer tapi tak tahu perkembangan teknologi IT sekarang ni yang terlalu pantas, tak terkojar den.
Dalam pada merangkak2 tu akhirnye pandai gak hik hik. Alahai terasa seronok lak bila dah pandai layan ni, keje timbun2 kat tepi pun pandang sebelah mata je. Dan yang paling seronok pabila terjumpa kawan2 lama. Aduhai...tak sangka rupanye ramai yang masih ingat kat den ni. Ingat diorang tak kenal kite dah maklumlah kat sekolah dulu den ni bukanlah fofuler... ramai yang tak kenal walaupun kelas bersebelahan aje. Dek kerana muka diorang pun dah banyak berubah dah tu pakai name samaran lak, hampir2 wat tak tau jer. Nasib baiklah den ni rajin bukak album diorang tu...ternampak lak album lamo kat facebook diorang..la...rupenye simpolan ni.. ha..eh sipolan nilah..eh eh tu simpolan tu kan? Macam2 keluar kat mulut ni terkumat kamit.
Tapi nak ucap terima kasih kat kawan lama yang bernama Syamsinar, namo glamour eh Syinar Rudy.Diolah yang mula2 terlink kat facebook kito tu ha...lansung memanjang2 jejak kasih hik hik. Timo kasihlah kat kawan2 yg masih ingat kat kito ni ha...Banyak perkembangan semaso yang bolum dapat den ikuti. Lantaklah dah campor2 dialek ni, janji bahagio ho ho..

Thursday, January 21, 2010

Lagi gambar hari bahagianye.. jelingan manja tu...

Semoga dipanjangkan umur,sihat walafiat, diberkati dan dirahmati oleh-Nya, serta bahagia hingga ke akhir hayat...
murah rezeki Tuan Hj murahlah rezeki kami he..he..



Wednesday, January 20, 2010

Bos ku kahwin



TAHNIAH!
Pada tanggal 16 January 2010 lalu, Tn Hj selamat disatukan dengan pasangannya setelah 4 tahun tanpa pasangan.
Cantik sungguh isteri. Memang ramai tak caye umur dah 42 thn. Sweet.

Thursday, January 7, 2010

Nak masak ape?


Nak masak ape hari ni ye?

Makan nasi bungkus jelah...

Nasi Lemak Baldi... memang sedap, kalau ade jalan2 kat Sg Buloh lehlah singgah beli. Sekali makan mesti nak lagi punya.

Nak tahu kenape dipanggil nasi lemak baldi?

Bukan sebab nasi dia dalam baldi tau...

Tapi sebab mentol yang dipasang digerai tu dicover dengan baldi merah. So nampak baldi tergantunglah... tapi baldi bersih bukan baldi yang lumut2 tu...Kalau waktu malam nampak cantiklah..lampu pesen baru..

Nasi dia sedap, sambal pun sedap, ayam goreng berempah tu yang tak tahan tuh! Memang wangi habis! Rase dia lagilah...sedap(meleleh air liur ni..)

Ha! ni dah kira iklan free ni.. seronok kakak tu kalau bace....

Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!






Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...
Ikutkan hati tak mahu kerja di pejabat dah. Tapi cita2 tahun lepas masih belum terlaksana, jadi cuba tahun ni pulak...

Kalau dimurahkan rezeki kite beroffice kat rumah je, dapat tengok anak membesar di depan mata.

Semoga Allah murahkan rezeki kite dan keluarga kite.. Amin...