Friday, July 1, 2011

Lama x LAYAN....

Asyik FB je terlupo lak blog ni...


Gambar Farah HotFM ni ambik masa gi Mydin Subang Jaya awal bulan Mei hr tu...hihi x berani naik pentas kat bawah pentas pun ok..

Wednesday, May 25, 2011

MULA AMBIL TEMPAHAN

Setelah bersusah payah membangunkan semangat..aku berjaya memulakan menerima tempahan buat baju kurung. Pelanggan pertama adik aku Ila, 6 pasang tu...harap dapat siapkan scepat mungkin. Sekarang dah 5 pasang digunting. Tinggal satu lagi, malam ni nak habiskan potong. Pastu leh jahit tepi dan terus cantum. Tak sabar nak siapkan......

Harap aku sentiasa mendapat kekuatan..dan dilapangkan masa untuk lakukan apa yg termampu. Projek suami hampir siap..pasni clear sikit sebelum mulakan juz baru.


Saturday, May 21, 2011

Santau

Info ni dapat dari Rancangan WHI TV3.
memang suka menonton whi sebab byk info yg dikupas, cara penyampaian yang mudah.disini nak kongsi dan utk peringatan diri sendiri jugak...

SANTAU! seram gak isu ni....

kena hati2...

seorg ustaz(lupa nama dia) dijemput. beliau dr Darul Ruqyah rawatan al-shifa'(betul ke eja?)

AMALKAN SURAH AL-FALAQ untuk ELAK terkena santau!!

Ada byk alat boleh jd bhn santau, yg paling terkejut KUKU dan RAMBUT. patutla kita disuruh tanam kuku dan rambut yg telah dipotong..klu dpt pd org yg amalkannya naya la....

Biasanya org kena santau kat kedai makan, selain nak kenakan org pengamal santau juga kena sentiasa buang sedikit IBU SANTAU kepunyaannya sedikit untuk elak terkena diri dan keluarganya. Santau dilepaskan melalui memasukkan kedalam makanan atau secara bacaan. Kedai makan la jadi mangsa...cian tuan kedai la nanti tak pasal2 org cop kedai dia.....

Klu kat kedai makan...

-klu terjumpa rambut dlm makanan/minuman, ambil rambut dan potong serta baca surah Al-Falaq.

-Nak tahu ada santau atau tidak dalam minuman, pegang cawan dengan anak jari berada dibawah gelas. Jika terasa seperti kena letrik atau sejuk atau panas atau tajam, maknanya ada santau.

- Baca BISMILLAH 6 harkat (panjang dr biasa) sebelum minum sama ada pegang cawan atau tidak. Jika ada santau di dlmnya cawan itu akan MELETUP.

itulah serba sedikit info yg aku ingat....bolehlah jadi panduan kemana jua pergi terutama ke tempat2 yg PANAS dgn isu ni..

So, berhati2 dan sentiasa MULAKAN DGN BISMILLAH!!!....

30 May 2011

Family Trip..
Yohooooo!
Seronok tul ingat balik gi terengganu hari tu...
Bukan senang nak dapat berkumpul sekeluarga cam tu.....
nanti lau sempat buh gambar kat sini...........

Wednesday, April 27, 2011

Keputusan

Akhirnya aku membuat keputusan yg mane harus didahulukan. terima kasih kepada teman facebook. Walaupun baru kenal namun byk membantu aku mencelikkan mate.
1) Kali Grafik
2) Menjahit
3) Novel

Walaupun hidupku jadi kucar-kacir sebelum ni kerana nak tumpu begitu byk komitmen.....kucuba isi setiap saat. Namun aku cepat berasa penat dan letih nak penuhi segalanya.
Tak cukup tidur....tak cukup masa nak manjakan diri.
Sekarang aku cuba membina rencana baru, agar hidupku lebih teratur. Oh semangat waja kekalkanlah prestasimu...
Terima kasih Tuhan kerana memberi kesihatan dan memberi ruang untuk aku menjadi insan yang lebih teratur...

Sunday, April 24, 2011

NASI LEMAK


Ape salah nasi lemak???
Bebudak sekolah jadi GEMUK bukan sebab nasi lemak la....byk faktor lain..
Bebudak sekarang ni byk makan makanan yg ngarut2 dan tak berkhasiat, cth :cekedis, air berkarbonat, makanan segera dan kurang aktiviti. Klu dah ngadap komputer je..mana nak keluar peluh, lagi pulak klu duduk rumah yg tiada halaman cth: apartment....
Tu belum masuk faktor keturunan lagi...
Kesian kat cikgu sekolah nak pantau makanan murid pulak...tanggungjawab mereka dah cukup banyak...ape pulak peranan ibu bapa yang byk lepas tangan?? alasan sibuk bekerja???
Saiz hidangan kat sekolah tu kecik je, bukan macam saiz hidangan orang dewasa seperti yang dijual dikedai atau warung2 tu..
WAHAI IBU BAPA BERILAH MAKANAN YG BERKHASIAT TUK ANAK2...
Saya peringat tuk diri sendiri jugak...Anak pun dah kurang chubby sejak dah masuk darjah satu ni, sebab kena gi sekolah pagi dan petang. Alhamdulillah dia jenis yang tak leh duduk diam, dan rumah pulak mempunyai halaman yang luas tuk diterokai...
Cuma saya cuba kurangkan kegemaran makanan bebudak ni iaitu aiskrim dan pizza....

BOTOL SUSU

Seram ngan isu ni, walaupun dah dekat sebulan orang heboh mengatakannya, baru hari ni berkesempatan tuk post kat sini. Kita kongsi bersama info berguna ni.
Ngape tunggu tahun 2012 baru nak haramkan sedangkan dah sah botol susu polycarbonate(Pc) tu bahaya tuk budak2 dan baby. Em...
Kajian menunjukkan botol susu(Pc) ni mengandungi Bisphenol A(BPA) yang dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak2.
Cara nak kenal botol susu ni, di bawah botol ada tanda (PC) atau no 7. So ape lagi pegi cek bawah botol susu anak tu sekarang!...
Alternatif botol susu bayi adalah dari jenis Polypropylene(PP), kat bawah botol ade tulis PP. Jenis ni adalah selamat digunakan serta tak jauh beza harga ngan harga botol (Pc). Bagi yang berkemampuan leh beli botol yg diperbuat dari kaca dan sebagainya(leh pilih kat butik baby).
Untuk lebih terperinci tuk tahu lebih lanjut leh klik:-
www.bharian.com.my/articles/Kenapatunggu2012harambotolsusupolikarbonat/Article

Antara petikkan:-

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
  • .