Sunday, April 24, 2011

BOTOL SUSU

Seram ngan isu ni, walaupun dah dekat sebulan orang heboh mengatakannya, baru hari ni berkesempatan tuk post kat sini. Kita kongsi bersama info berguna ni.
Ngape tunggu tahun 2012 baru nak haramkan sedangkan dah sah botol susu polycarbonate(Pc) tu bahaya tuk budak2 dan baby. Em...
Kajian menunjukkan botol susu(Pc) ni mengandungi Bisphenol A(BPA) yang dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak2.
Cara nak kenal botol susu ni, di bawah botol ada tanda (PC) atau no 7. So ape lagi pegi cek bawah botol susu anak tu sekarang!...
Alternatif botol susu bayi adalah dari jenis Polypropylene(PP), kat bawah botol ade tulis PP. Jenis ni adalah selamat digunakan serta tak jauh beza harga ngan harga botol (Pc). Bagi yang berkemampuan leh beli botol yg diperbuat dari kaca dan sebagainya(leh pilih kat butik baby).
Untuk lebih terperinci tuk tahu lebih lanjut leh klik:-
www.bharian.com.my/articles/Kenapatunggu2012harambotolsusupolikarbonat/Article

Antara petikkan:-

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
  • .

    Tuesday, April 12, 2011

    Novel

    Tak sabar nak habiskan novel yg satu ni, mungkin aku bubuh tajuk Ezuana.....
    makin lama makin boring lak nak habiskan jalan cerita dia...
    pastu nak hantar kat penerbit mana ye?
    Ahadiat x terbit novel dah kot..sbb hr tu dia bankrap..hard copy novel aku pun sampai skrg x pulangkan..banyak lak alasan dia hmmm...
    nak terbit sendiri aku masih tak berani lagi la...byk nak kena buat..

    Sambil tu nak olah serba sedikit novel yg dah lama terperuk ni..pastu bila dah puas hati baru leh hantar kat penerbit.

    Lepas tu nak buat novel terbaru lak kisah kekeluargaan yg penuh konflik berdasarkan pengalaman sendiri pastu suntik komersial sikit baru terangkat!!

    aku ni tak cukup masa laa..mane nak urus anak2 rumahtangga suami...nak urus syarikat..sambil tu ada hati lagi nak teruskan bisnes internet dan menjahit. Novel lagi...aaaaa.....

    Sunday, March 27, 2011

    Walaupun x suka tp sebenarnya SAYANG...

    Apa pun aku buat ade bersebab. Aku bersyukur dengan segala kemahiran yang Allah kurniakan, kemudian aku asah pula kemahiran tu . Jadinya semua aku nak buat sebab x nak sia2kan bakat yg ade. Namun AKU INSAN BIASA sejauh mane aku cuba melangkah terkadang tersadung juga tapi nasib baik tak parah.
    Aku dah mula dapat memilih apa yg paling utama untuk aku dahulukan...
    Mudah2an aku dapat membuat pilihan yang tepat supaya yg sepatutnya didahulukan x tercicir d tengah jalan...amin...

    DCL

    Lagi2 benda ni jugak...sakit hati malas nak layan makcik aku yg sorang ni...selalu dah pujuk aku aktif....

    Aku x berapa suka nak buat MLM la sekarang kerana bisness aku lagi kencang...so dahulukan bisnes dulu la... sambil2 tu mungkin boleh...tapi x janji boleh buat...

    Minggu lepas tetiba call nak ajak gi konvokesyen kat PWTC...aku dah kata x de masa..yg benarnye malas nak layan sangat. Rupanya nak minta seribu duit dia...sebab dia ada guna nama aku untuk buat bisnes dia tu...melompat la aku penyata pun tak dapat tetiba minta seribu...

    Dah jadi konflik....

    Aku x puas hati aku terus telefon DCL utk kepastian. Macam tu rupanya...aku tunggu jela statement dulu nak tengok..

    Dan aku dah sattlekan...macam2 cara orang berMLM ni...

    Niat aku nak jual Amazing pun sebab nak tolong orang...sebab badan kita kena ada makanan kesihatan untuk kekal sihat dan cergas disamping merawat masalah kesihatan yg sedia ade yg mungkin kita tak sedar. Aku x kejar sangat nak naik pangkat....

    Tadi dia datang rumah jugak...hm tujuan sebenar wallahua'lam... dia cerita bisnes dia, aku pun ceritalah bisnes aku..haaa amacam???

    Tak pasal2 aku dapat kopi DCL FREE! he he ok gak la rasa dia...sapa2 nak try aku leh bagi sample..hehe berjaya gak dia pengaruhi aku sikit2....

    Macamana pun Kali Grafik tetap no. 1......

    Projek Terbaru Kali Grafik

    Alhamdulillah...byk dpt...

    - bekal bahan untuk galeri di Singapura, regular customer...
    -TTI Terengganu
    -Maulidur Rasul Muzium Shah Alam
    -Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Jalan Duta
    -Kaligrafi Wall Sticker
    -Dato' Kemensah High Ulu Klang

    Alhamdulillah......

    Lagi2 Chemsle..

    Bukan nak lupakan terus kenangan kat sana walaupun pernah terniat dulu sebab sakit hati sangat.
    Bukan aku nak sombong kat korang.
    Bukan aku saja x nak jawab mesej kat FB dan H/p.

    Tapi aku terlalu teruja dengan tugasanku sekarang...busy dgn bisnes sehingga aku cuba lupakan terus korang yg beri asam dan garam....

    Aku nak rasa hidup bersenang lenang tanpa fikir orang lain, tanpa menyesakkan otak...

    Hari2 aku cuti, memang nampak macam cuti la, cuti dari makan gaji ngan orang...

    Alhamdulillah aku dapat juga merasai hasil usaha bisnes sendiri..tak siapa pertikai dan cemburu buta, belum masuk yg kena umpat, kena bebel...

    Untungnya pada umur 34 tahun aku dah jadi bos, alhamdulillah...


    Saturday, January 29, 2011

    Profail syarikat

    Alhamdulillah, akhirnya terbina juga tapak laman sesawang syarikat kami. Mate pun dah berpinar2 ni...

    lepas ni nak masuk bahan je lagi...

    alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala yg memberi kudrat untuk aku melunaskan kerja2ku sejak dari pukul 11 malam tadi. hari ini 30 Januari 2010 rasmilah