Wednesday, January 20, 2010

Bos ku kahwin



TAHNIAH!
Pada tanggal 16 January 2010 lalu, Tn Hj selamat disatukan dengan pasangannya setelah 4 tahun tanpa pasangan.
Cantik sungguh isteri. Memang ramai tak caye umur dah 42 thn. Sweet.

Thursday, January 7, 2010

Nak masak ape?


Nak masak ape hari ni ye?

Makan nasi bungkus jelah...

Nasi Lemak Baldi... memang sedap, kalau ade jalan2 kat Sg Buloh lehlah singgah beli. Sekali makan mesti nak lagi punya.

Nak tahu kenape dipanggil nasi lemak baldi?

Bukan sebab nasi dia dalam baldi tau...

Tapi sebab mentol yang dipasang digerai tu dicover dengan baldi merah. So nampak baldi tergantunglah... tapi baldi bersih bukan baldi yang lumut2 tu...Kalau waktu malam nampak cantiklah..lampu pesen baru..

Nasi dia sedap, sambal pun sedap, ayam goreng berempah tu yang tak tahan tuh! Memang wangi habis! Rase dia lagilah...sedap(meleleh air liur ni..)

Ha! ni dah kira iklan free ni.. seronok kakak tu kalau bace....

Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!






Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...
Ikutkan hati tak mahu kerja di pejabat dah. Tapi cita2 tahun lepas masih belum terlaksana, jadi cuba tahun ni pulak...

Kalau dimurahkan rezeki kite beroffice kat rumah je, dapat tengok anak membesar di depan mata.

Semoga Allah murahkan rezeki kite dan keluarga kite.. Amin...








Tuesday, December 22, 2009

PANADOL



Mengikut kata doktor, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Ada yang pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

--sumber dari hpahalal.com

CINCIN DIJARI MANIS

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam(rujuk gambar disebelah)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.
3.cube buka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan??ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
4.Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
5.sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan rasa pelik dan heran kerana jari tersebut tak boleh dibuka. sebab jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.tapi boleh buka..tapi tak la seluas bukaan yang lain... Cinta suami isteri kekal abadi. insyaallah..
p/s:- sumber email dari seorang sahabat

Saturday, December 19, 2009

Salam... dan selamat sejahtera,

Saya nak memudahkan korang membeli novel popular atau apa-apa juga buku...

Caranya mudah je..klik kat beg merah tu...

Ok selamat mencuci mata...

Luv U all....

Thursday, December 10, 2009

Blog Baru...


Sekarang saya tengah create blog baru khas untuk jual produk. Sebab tak nak blog ni jadi rojak hik hik...


Masa membataskan saya untuk memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengarang dan menulis blog. Tapi saya harap anda masih sudi luangkan masa meninjau-ninjau blog saya ni.


Kepada yang ingin beri cadangan atau apa-apa pandangan silalah email saya di merlipmerlap@yahoo.com.my


Masih banyak yang perlu saya belajar.... Kepada yang sudi menjengah terima kasih banyak-banyak dan singgahlah lagi....